12 Jamadilawal 1441H / 7  Januari 2020M
Taming Sari Grand Ballroom, Royale Chulan, Kuala Lumpur

Days
Hours
Minutes
Seconds

Memperkenalkan AKI 1441H/2020M

Program Anugerah Kecemerlangan Islam AKI 1441H/2020 adalah program anugerah julung kali anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) yang bertujuan untuk mengetengahkan kecemerlangan pelbagai individu dan organisasi dalam bidang kepakaran tersendiri sekian lama, dan telah pun mencapai kejayaan dan impak positif yang meluas.

Kisah kejayaan setiap penerima anugerah bakal dikongsikan pada Majlis Makan Malam AKI 1441H/2020M dan juga di dalam pelbagai media cetak dan elektronik untuk renungan dan tauladan umum. Semoga Anugerah AKI dapat menjadi sumber inspirasi kecemerlangan kepada semua umat

Kategori-Kategori Anugerah

Penerima-penerima AKI 1441H/2020M adalah di antara yang cemerlang, gemilang, terbilang dan terdiri daripada ahli agama, cendekiawan, ahli perniagaan serta organisasi, persatuan dan syarikat.

Latar belakang dan pencapaian setiap penerima AKI 1441H/2020M akan turut dikongsikan untuk tatapan umum di Majlis  Makan Malam AKI 1441H/2020M.

Kategori-kategori AKI 1441H/2020M diberikan nama tokoh-tokoh cemerlang Zaman Kegemilangan Islam, dengan harapan untuk terus memacu aspirasi kesinambungan kecemerlangan Islam .

Kategori Anugerah Cemerlang

Anugerah Cemerlang di bawah cabang Akademik

Anugerah Cemerlang di bawah cabang Sosial

Anugerah Cemerlang di bawah cabang Ekonomi

Kategori Pilihan Ramai

Malam Anugerah Kecemerlangan

Malam AKI 1441H/2020M yang diilhamkan daripada Zaman Kegemilangan Islam dan Ketamadunan Melayu bakal menyaksikan perhimpunan tokoh kepimpinanan dari pelbagai latar belakang termasuk menteri-menteri, duta besar dan pesuruhjaya tinggi, pemimpin tertinggi kementerian dan agensi kerajaan, badan kawal selia, para cendekiawan, asatizah, ahli akademik, pemimpin korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi kajian, usahawan dan badan dakwah Islam di peringkat global. Lebih daripada 1000 hadirin akan menghadiri Malam AKI 1441H/2020M dalam meraikan kecemerlangan sosio-ekonomi Islam dan integrasi ke arah pertumbuhan yang saksama dan mampan demi masa depan negara. Pada masa yang sama, 15 pempamer jemputan diberi ruang pameran khas untuk berkongsi pelbagai inisiatif mereka.