Malam Anugerah Kecemerlangan

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan akan menjadi Tetamu Kehormat di Malam Anugerah Kecemerlangan Islam 1441H/2020M anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Persatuan Usahawan ASEAN Malaysia (MAAYE) pada 7 Januari 2020 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Program ini adalah bertujuan untuk mempamerkan kisah kejayaan pelbagai individu dan organisasi dalam pelbagai bidang termasuk akademik, korporat, perniagaan dan khidmat masyarakat berdasarkan 4 kriteria utama, iaitu kadar Pertumbuhan, Pembangunan Modal Insan, Inovasi dan penerapan Nilai-Nilai Islam. Setiap calon AKI 1441H/2020M akan melalui proses audit yang terperinci oleh juruaudit bertauliah dan dinilai oleh panel hakim yang tidak berkepentingan.

Malam AKI 1441H/2020M yang diilhamkan daripada Zaman Kegemilangan Islam dan Ketamadunan Melayu bakal menyaksikan perhimpunan tokoh kepimpinanan dari pelbagai latar belakang termasuk menteri-menteri, duta besar dan pesuruhjaya tinggi, pemimpin tertinggi kementerian dan agensi kerajaan, badan kawal selia, para cendekiawan, asatizah, ahli akademik, pemimpin korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi kajian, usahawan dan badan dakwah Islam di peringkat global. Lebih daripada 1000 hadirin akan menghadiri Malam AKI 1441H/2020M dalam meraikan kecemerlangan sosio-ekonomi Islam dan integrasi ke arah pertumbuhan yang saksama dan mampan demi masa depan negara. Pada masa yang sama, 15 pempamer jemputan diberi ruang pameran khas untuk berkongsi pelbagai inisiatif mereka.

Sebanyak 16 Anugerah akan disampaikan oleh Tetamu Kehormat pada malam itu dan diterajui oleh Anugerah Ulung Harun Ar-Rasyid (Harun Ar-Rasyid Lifetime Achievement Award), Anugerah Tokoh Korporat Ibn Khaldun (Ibn Khaldun Business Personality of The Year) dan Anugerah Tokoh Wanita Lubna Al-Qurtubiyya (Lubna Al-Qurtubiyya Woman of the Year). Kategori-kategori lain adalah termasuk Anugerah Tokoh Ulama Al-Ghazali (Al-Ghazali Scholar of the Year), Anugerah Tokoh Cendekiawan Ibn Ishaq Al-Kindi (Ibn Ishaq Al-Kindi Intellectual of the Year), Anugerah Tokoh Muda Al-Ma’mun (Al-Ma’mun Young Personality of the Year) dan 5 Anugerah Cemerlang Ekonomi, iaitu Anugerah Cemerlang Industri Kewangan Al-Mansor (Al-Mansor Excellence Award in Financial Services), Anugerah Cemerlang Industri Pelancongan Ibn Battuta (Ibn Battuta Excellence Award in Tourism), Anugerah Cemerlang Industri Perubatan dan Kesihatan Al-Zahrawi (Al-Zahrawi Excellence Award in Healthcare), Anugerah Cemerlang Industri Makanan dan Minuman Ibn Al-Baytar (Ibn Al-Baytar Excellence Award in Food and Beverage) dan Anugerah Cemerlang Industri Pendidikan Al-Khwarizmi (Al-Khwarizmi Excellence Award in Education). Terdapat juga 2 kategori untuk kecemerlangan dalam inisiatif sosial, iaitu Anugerah Cemerlang Antarabangsa Ibn Sina (Ibn Sina International Excellence Award) dan Anugerah Khas Perpaduan Hunayn Ibn Ishaq (Hunayn Ibn Ishaq Unity Award). Terdapat juga 3 anugerah di bawah Kategori Pilihan Ramai yang terbuka kepada pengundian awam, iaitu Anugerah Alam Sekitar Lestari Al-Jahiz (Al-Jahiz Excellence in Sustainable Development), Anugerah Kempen Sosial Cemerlang Ibn Rushd (Ibn Rushd Social Campaign of the Year) dan Anugerah Jenama Terkenal Jabir Ibn Hayyan (Jabir Ibn Hayyan Emerging Brand of the Year).

Tetamu Kehormat

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan),
D.K. (Selangor), D.K.N.S, D.K. (Perlis).,D.K (Kedah), Ph.D.(Harvard).

Atur cara

Majlis Makan Malam AKI 1441H / 2019M

14 Rabiulakhir 1441H / 11 Disember 2019M (Rabu)

Taming Sari Grand Ballroom

MASA ATUR CARA
7:06 PM - Masuk waktu Solat Fardhu Maghrib
- Ketibaan dan Pendaftaran Hadirin
8:00 PM - Ketibaan Tetamu Kehormat, dif-dif jemputan dan VIP
8:15 PM - Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan diiringi barisan pimpinan MDN
- Makan Malam
- Ucapan Aluan Pengerusi MDN
9:30 PM - Majlis Penyampaian Anugerah
- Sesi Bergambar Penerima Anugerah bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
10:30 PM - Keberangkatan pulang DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan diiringi barisan pimpinan MDN
- Program berakhir

KOD PAKAIAN - Baju Melayu / Baju Kebangsaan

KEMUDAHAN

Kemudahan Tempat Letak Kereta.
Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Ruang Solat Muslimin dan Muslimat.