Majlis Dakwah Negara

Ditubuhkan pada Oktober 2013, Majlis Dakwah Negara (MDN) didokong oleh ramai tokoh-tokoh dalam negara, para cendekiawan, para asatizah, golongan profesional dan korporat serta pelbagai pihak lain yang terdiri dari pelbagai latar belakang profesyen. Mereka memberi sumbangan tenaga mengikut bidang kepakaran masing-masing dengan bernaung di bawah Panel dan Dewan di bawah MDN.

5 Dasar Utama MDN

MDN telah mensasarkan secara jelas 5 dasar utama organisasi:

  • Memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama negara.
  • Menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu.
  • Memangkin perpaduan ummah.
  • Menerima kebebasan beragama berasaskan lunas perlembagaan negara.
  • Mendukung pembangunan negara.

Objektif MDN

Mencetus dan merealisasikan inovasi dalam merangka pembaharuan dakwah bagi disesuaikan dengan keperluan negara dan masyarakat.

8 Dewan MDN

  • Dewan Pendidikan
  • Dewan Dakwah
  • Dewan Sosio-Budaya
  • Dewan Ekonomi
  • Dewan Wanita
  • Dewan Masjid
  • Dewan Cheng Ho
  • Dewan Siswazah

6 Kumpulan 'Think-Tank'

         Didokong oleh enam Panel  kumpulan pemikir (think-tank);

  • Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU)
  • Panel Cendekiawan Ulung (PCU)
  • Panel Syura Ulama-Umara (PSUU)
  • Panel Memperkasa Tulisan Jawi (PMTJ)
  • Panel Hak Asasi Manusia (PHAM)
  • Panel Transformasi Perundangan Islam (PTPI)